LONDON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa United Kingdom (UK) untuk mengekang peningkatan mendadak penggunaan ucapan kebencian berbaur perkauman dalam kalangan ahli politik Britain dan tokoh awam berprofil tinggi. Menurut laporan Jawatankuasa PBB mengenai penghapusan diskriminasi kaum, menteri mesti menggunakan langkah komprehensif untuk tidak menggalakkan dan memerangi ucapan kebencian serta wacana xenofobia oleh tokoh politik. Ini termasuk memastikan kes tersebut disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang secara berkesan, kata laporan yang dibentangkan Jumaat lalu. Ahli jawatankuasa itu enggan menamakan ahli politik atau tokoh masyarakat yang membuat komen mencetuskan kebimbangan, tetapi terdapat banyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya