WASHINGTON: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Donald Trump pernah mendesak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu agar segera menamatkan pencerobohan di Gaza, namun secara terang-terangan turut mahukan Israel menang dalam konflik berkenaan. Reuters melaporkan, perkara itu disuarakan Trump semasa pertemuan terakhir mereka pada bulan lalu. “Saya memang menggalakkan Netanyahu mengakhiri konflik di Gaza. Ia perlu dihentikan dengan cepat. Dapatkan kemenangan dan selesaikan perkara ini. Pembunuhan perlu dihentikan,” kata bekas Presiden itu kepada wartawan pada satu sidang akhbar semalam. Trump merujuk kepada pertemuannya dengan Netanyahu di kediaman beliau, Mar-a-Lago…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya