Tingkat kerjasama, produktiviti melalui IITTE 2024

Tingkat kerjasama, produktiviti melalui IITTE 2024

RAIS Yasin (dua dari kiri) mendengar penerangan peserta ekspo IITTE 2024 di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Peserta Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Islam Antarabangsa (IITTE) 2024 disaran memanfaatkan peluang kerjasama dalam usaha memberi nilai tambah dan meningkatkan produktiviti syarikat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ini kerana lebih 300 tetamu khas dari 20 buah negara antaranya Filipina, Indonesia, Thailand, Eropah, Asia Barat dan Rusia turut menyertai ekspo berkenaan.

Kata beliau, para usahawan tempatan kerap ke luar negara untuk menghadiri pelbagai ekspo di luar negara dengan tujuan mempromosi produk atau perkhidmatan ke pasaran global.

“Namun, ia tidak berlaku pada hari ini kerana GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) telah melaksanakan sesuatu yang menjangkau kelaziman dengan membawa kedatangan delegasi dari pelbagai negara. Pemilihan Melaka sebagai destinasi ekspo bertaraf antarabangsa ini bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

“Besar harapan saya agar para peserta yang menyertai ekspo ini dapat memanfaatkan peluang sebaik-baiknya untuk mewujudkan ukhuwah silaturrahim. Mungkin dapat bertukar pandangan untuk memberi nilai tambah kepada peningkatan produktiviti syarikat,” katanya dalam ucapan perasmian IITTE 2024 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

IITTE 2024 yang berlangsung selama empat hari sehingga 4 Ogos ini mempunyai lima program utama iaitu persidangan kertas kerja, pameran dan jualan, jualan makanan, pameran sejarah kehidupan Rasulullah dan persembahan kebudayaan Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN