TOKYO: Sekurang-kurangnya tiga maut akibat taufan Shanshan melanda barat daya Jepun, yang mengakibatkan angin kencang dan hujan lebat semalam. Bencana itu menyebabkan bekalan elektrik terputus, operasi kilang-kilang utama ditutup dan berjuta penduduk diarah berpindah. Sebelum ini, pihak berkuasa negara memberi amaran taufan Shanshan berisiko menjadi antara ribut terkuat yang melanda kawasan tersebut. Pengeluar automotif terbesar di dunia, Toyota menggantung operasi di semua kilang domestiknya akibat taufan itu. Selain itu, pembuat kenderaan lain seperti Nissan dan Honda serta syarikat semikonduktor seperti Renesas, Tokyo Electron dan Rohm juga menghentikan sementara pengeluaran di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya