KUALA PILAH: Tiga beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan parang dan pisau dalam kejadian di Tampin, awal bulan ini. Tertuduh, R. Arul, 32; R. Kalidasa, 33; dan R. Elango, 27; mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim, Norma Ismail. Berdasarkan pertuduhan, kesemuanya secara bersama telah menyebabkan kecederaan ke atas lelaki berusia 46 tahun dengan menggunakan sebilah parang dan dua bilah pisau yang boleh menyebabkan kematian jika digunakan sebagai senjata salah. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3 pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya