TOKYO: Menteri Digital, Taro Kono semalam mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), dalam cubaan kali ketiganya untuk menjadi Perdana Menteri Jepun. Beliau adalah pemimpin ketiga yang mengumumkan hasrat bersaing dalam merebut jawatan ditinggalkan Fumio Kishida, bulan depan. Kono, 61, tewas kepada Kishida dalam pemilihan Presiden LDP pada 2021. Beliau yang juga anggota Dewan Perwakilan bagi penggal kesembilan sering dilabelkan sebagai ahli politik yang liberal dan lantang. Sebagai graduan Georgetown University di Amerika Syarikat, beliau fasih berbahasa Inggeris dan pernah menjadi Menteri Luar serta Menteri Pertahanan. Pada pemilihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya