Tanaman padi musim kedua di kawasan KADA bermula penghujung Oktober ini

Tanaman padi musim kedua di kawasan KADA bermula penghujung Oktober ini

MOHD. Faizul Mustafa (kanan) melekatkan bendera pada kenderaan KADA Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat KADA di pejabatnya di Lundang, Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerja-kerja tanaman padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) untuk musim kedua dijangka bermula penghujung Oktober atau awal November ini berikutan bekalan air semakin pulih.

Pengurus Besarnya Mohd. Faizul Mustafa berkata, sebahagian besar pesawah di bawah selian agensi itu tidak dapat mengusahakan padi pada musim pertama ekoran masalah bekalan air.

“Jadual akhir untuk kerja-kerja menabur benih bagi musim pertama tahun ini pada 28 Julai lalu. 

“Namun pesawah tidak berani mengambil risiko untuk bertanam kerana bimbang tanaman akan musnah akibat banjir,”‘katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat KADA di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd. Faizul memberitahu, berdasarkan rekod tanaman padi hanya boleh dilakukan di kawasan seluas 13,778 hektar.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Faizul memberitahu, pihaknya sudah mengemukan permohonan kepada Jawatankuasa Tabung Bencana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi membantu petani yang terjejas dengan kemarau.

Katanya, ia melibatkan keluasan had keluasan sebanyak  7,472.54 hektar dengan cadangan nilai bantuan tersebut adalah sebanyak RM6,545,945.04 bagi musim kedua tahun lepas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN