Tanah jerlus: SAR wanita warga India dihentikan hari ini 

Tanah jerlus: SAR wanita warga India dihentikan hari ini 

DR. ZALIHA Mustafa pada sidang akhbar di lokasi kejadian di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijaya Lakshmi, 48, yang terjatuh dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India di sini dihentikan serta-merta, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata,  keputusan itu diambil selepas membentangkan kesemua dapatan dalam mesyuarat Kabinet Jemaah Menteri daripada agensi-agensi yang terlibat dalam SAR.

Katanya, ia disebabkan faktor keselamatan pasukan SAR selain kesihatan dan arus yang deras sehingga boleh membahayakan keselamatan anggota.

“Ini juga disebabkan keselamatan anggota di lokasi kejadian, sebagai contoh mendapan kedua yang membimbangkan kita.

“Setelah kita mengumpulkan semua bentuk kepakaran termasuk dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Indah Water Konsortiums (IWK), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Agensi Nuklear Negara telah diambil pandangan untuk menghentikan SAR hari ini.

“Sebab diberhentikan ada beberapa perkara dan dapatan dikemukan pihak yang berada di lokasi khusus JBPM yang mengetuai SAR.

“Kita tidak boleh meneruskan atas sebab keselamatan anggota, dari sudut kesihatan dan arus yang deras,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN