Sunting gambar Dhabitah, Jiggy bengang teruskan tindakan

Sunting gambar Dhabitah, Jiggy bengang teruskan tindakan

Jiggy dan Dhabitah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Jiggy Masin, 35, meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu yang menyunting gambar tidak senonoh isterinya yang juga atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri.

Jiggy atau nama sebenarnya, Mohammad Aizat Ahmd Nazri berkata, segelintir pengguna media sosial bersikap keterlaluan dan di luar moral.

“Berdasarkan kenyataan pengawai penyiasat dan peguam, surat saman telah dikeluarkan kepada individu terbabit. Saya tetap akan teruskan tindakan ini kerana apa yang dia akukan sangat keterlaluan.

“Menyunting dan memuat naik gambar tidak senonoh isteri saya sedangkan Dhabitah sedang berusaha dan berjuang untuk negara. Ada dua keping gambar tersebut sampai ke tangan saya sejak Dhabitah layak mara ke separuh akhir.

“Kalau setakat mahu komen kecam saya boleh bersabar lagi. Tetapi gambar tersebut sudah sampai ke tahap menghina dan mengaibkan,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Terdahulu, Jiggy membuat satu hantaran di media sosial meluahkan berang terhadap individu yang menyunting dan memuat naik gambar tidak senonoh isterinya hingga menjadi bahan bualan ramai.

Selain itu, Jiggy berkata, dia tidak mampu menghalang sudut pandang seseorang terhadap isterinya namun apabila wujud individu yang sanggup berinisiatif menyunting gambar-gambar isterinya menjadi tidak senonoh ia bukan satu perkara yang boleh dianggap remeh.

“Saya lebih sakit hati memikirkan adab masing-masing. Sebagai manusia, saya tidak dapat nak halang sudut pandang orang lain pada isteri saya. Tetapi dari sudut pandang sukan, okeylah.

“Memang betul, masing-masing punya telefon, masing-masing punya jari. Tetapi tolong faham, ada hadnya,” katanya.

Dalam pada itu, Jiggy juga berterima kasih kepada semua pihak yang penyokong kerjaya Dhabitah dan mendoakan isterinya meskipun belum ada rezeki untuk membawa pingat emas buat negara.

Katanya, sebagai suami, sudah tentu dia berbangga dengan pencapaian dan perjuangan Dhabitah.

“Masih saya ingat bagaimana dia pada mulanya enggan pergi ke Paris kerana dia tidak disediakan untuk berjuang di sana. Malah, dia juga tiada jurulatih.

“Namun dia ambil risiko dan terima juga cabaran ini atas dasar tanggungjawab dan apabila dia berjaya mara ke peringkat akhir, itu sudah cukup emas buat saya.

“Saya harap ramai akan terus sokong dan doakan dia. Walaupun terlalu banyak komen berbaur toksik yang diterima, saya secara peribadi harap Dhabitah tetap kuat. Tengok macam mana, saya cuba bincang apa yang terbaik untuknya selepas dia pulang nanti,”katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN