Sindiket tawar perkhidmatan imigresen tumpas

Sindiket tawar perkhidmatan imigresen dengan harga RM500 tumpas

JAFRI Embok menunjukkan pasport yang dirampas pada sidang akhbar di Putrajaya. – UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Satu sindiket ejen haram yang menawarkan pelbagai urusan imigresen kepada warga asing dengan bayaran RM500 bagi setiap perkhidmatan tumpas dalam operasi khas di sekitar ibu negara kelmarin.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, operasi itu dilaksanakan menerusi maklumat risikan selama dua minggu melibatkan serbuan di sekitar Bandar Menjalara, Jalan Medan Tuanku, Jalan Tiong Nam dan Jalan Cheras.

“Imigresen menahan 13 orang masing-masing 11 lelaki warga Bangladesh, seorang rakyat India dan seorang wanita Malaysia.

“Kesemua suspek berusia 33 tahun hingga 53 tahun dengan modus operandi menawar perkhidmatan berkaitan pasport dan pas kepada rakyat asing,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Kesemua suspek menawarkan perkhidmatan imigresen seperti penawaran Pas Lawatan Sosial, Pas Lawatan Kerja Sementara, Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 dan visa dengan bayaran RM500 bagi setiap transaksi.

Katanya, semakan awal mendapati tiga lelaki Bangladesh dan seorang lelaki India memiliki pas yang masih sah laku, namun dua lagi lelaki Bangladesh tinggal lebih masa.

“Kami turut menyita sejumlah 530 naskhah pasport dengan paling banyak 414 dari Bangladesh diikuti India (57), Indonesia (36) dan Myanmar (sembilan) selain wang tunai berjumlah RM13,900 juga dirasmpas,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN