BEIRUT: Seorang anggota kumpulan pejuang Hamas antara dua orang yang terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan, semalam. Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), dua roket yang dilancarkan dari dron Israel mengenai kenderaan di bandar Sidon, membunuh mangsa dan mencederakan dua individu lain yang berada berdekatan. NNA melaporkan, salah seorang mangsa dikenal pasti sebagai Samer al-Haj, tokoh Hamas di kem pelarian Ein el-Hilweh, yang terletak di selatan Sidon. Sumber tempatan memberitahu Anadolu, mangsa lain yang berada di dalam kenderaan itu berkemungkinan pengiring al-Haj. Dalam satu kenyataan, Hamas mengesahkan kematian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya