LIPIS: Seorang pemancing ikan liar meninggal dunia manakala rakannya cedera dihempap pokok ketika melakukan aktiviti memancing di Sungai Kechau berdekatan Kampung Petola di sini. Difahamkan, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lipis. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, Balai Bomba Kuala Lipis menerima panggilan kejadian itu pukul 8.47 pagi hari ini. “Seramai 11 orang anggota dan tiga buah kenderaan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dalam jarak kira-kira 28 kilometer dan tiba pada pukul 9.25 pagi. “Komander Operasi, Ariffa Mamat mengesahkan kejadian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya