Seluruh masjid di Perlis laksanakan solat jenazah ghaib untuk Ismail Haniyeh - Utusan Malaysia

Seluruh masjid di Perlis laksanakan solat jenazah ghaib untuk Ismail Haniyeh

ORANG ramai menunaikan solat ghaib untuk Allahyarham Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Negeri, Arau, Perlis, semalam. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seluruh masjid di negeri ini membabitkan keseluruhan 102 buah melaksanakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh di Iran dipercayai dirancang oleh rejim Zionis dalam satu serangan khianat di kediamannya di Teheran.

Solat berkenaan diadakan sejurus selepas solat Jumaat semalam.

Sebelum itu, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menerima titah daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang memperkenan agar dilaksanakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin utama Hamas itu.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat dan diiringi oleh anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al Haj Jamalullail di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Jalan Kuala Perlis.

Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Ismail yang merupakan satu kehilangan besar buat rakyat Palestin dan umat Islam.

Baginda mendoakan agar Ismail ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan para solihin.

Terdahulu, media melaporkan, Ismail meninggal dunia akibat dibunuh di Iran yang dipercayai dirancang oleh rejim Zionis dalam satu serangan khianat di kediamannya di Teheran.

Kali terakhir, beliau dilihat mengadakan pertemuan dengan Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei dan Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islam Palestin, Ziyad al-Nakhalah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN