TUMPAT: Seorang kakitangan Hospital Tumpat mencabar dirinya dengan menunggang motosikal jenis skuter mengelilingi Semenanjung Malaysia buat kali ke-10 sempena sambutan Hari Kebangsaan. Halim Hamid, 48, berasal dari Kampung Laut berkata, dia tidak gentar untuk berdepan perjalanan sejauh 4,000 kilometer dengan merentas 11 negeri bermula semalam. “Menariknya, untuk jelajah kali ini saya menerima sebuah skuter baharu daripada seorang dermawan yang tertarik dengan misi yang sudah dilakukan sebelum ini. “Sokongan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskannya sebagai tanda kecintaan pada negara sempena ulang tahun kemerdekaan ke-67,” katanya ditemui pemberita di dataran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya