SAO PAULO: Kerajaan negeri Sao Paulo di Brazil membentuk Kabinet Krisis untuk menangani kebakaran hutan yang meragut sekurang-kurangnya dua nyawa. Kebakaran besar itu mengakibatkan seluruh Sao Paulo, bandar paling ramai penduduk di Amerika Latin, diselubungi kabus tebal. Kerajaan negeri memberi amaran bahawa kebakaran hutan boleh merebak dengan cepat akibat angin kencang. Gabenor Sao Paulo, Tarcisio de Freitas berkata, 30 bandar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan kerajaan berusaha mengawal keadaan serta memastikan keselamatan. “Sao Paulo berdepan masa sukar dan kami komited untuk mengawal kebakaran dan memastikan semua penduduk selamat,” katanya dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya