KLUANG: Demi untuk melepaskan ketagihan dadah, empat lelaki sanggup memanjat tiang pemasang kabel elektrik landasan kereta api demi untuk mendapatkan kabel yang hanya berharga RM3 sekilogram. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, jenayah yang dilakukan sejak sebulan lalu oleh Geng Amin Remis itu bagaimanapun berjaya ditumpaskan apabila diberkas di empat lokasi berasingan pada pukul 1 pagi, 2 Ogos lalu. Sebelum itu pihak polis menerima laporan kecurian kabel di kawasan landasan kereta api berkembar di Pekan Layang-Layang daripada seorang lelaki pada 31 Julai lalu. “Hasil daripada tangkapan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya