PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor sehingga pukul 2 petang.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), keadaan itu melibatkan negeri Perlis, Pulau Pinang dan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah.
Selain itu, kawasan Sabak Bernam dan Kuala Selangor di Selangor serta Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut hantaran di Facebook.
Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – UTUSAN