SOUTHPORT: Seorang remaja berusia 17 tahun dari Banks didakwa atas pertuduhan membunuh tiga kanak-kanak perempuan semasa menghadiri acara tarian bertemakan penyanyi popular, Taylor Swift di Southport, Merseyside, barat laut England, Isnin lalu. Tertuduh yang tidak dinamakan kerana masih di bawah umur, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Liverpool di Derby Square, hari ini. Dalam pertuduhan itu, remaja berkenaan dituduh membunuh Bebe King, 6, Elsie Dot Stancombe, 7, dan Alice Dasilva Aguiar, 9. Dia turut berdepan 10 dakwaan cubaan membunuh dan memiliki senjata tajam. Timbalan Pendakwa Raya di Mersey-Cheshire, Ursula Doyle, berkata, tertuduh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya