Puteri UMNO ikrar kembalikan sokongan

Puteri UMNO ikrar kembalikan sokongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Puteri UMNO mengangkat tiga teras utama bagi mengembalikan sokongan, dan dokongan orang Melayu serta bumiputera kepada UMNO.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, tiga teras itu melibatkan agama, pendidikan, dan ekonomi yang menjadi akar kepada perjuangan parti.

“Teras yang pertama adalah agama. Puteri UMNO melihat Majlis Ulama ini sebagai satu badan penting dan bukan berfungsi untuk isu-isu tertentu sahaja. Sudah tiba masanya, Majlis Ulama UMNO berperanan sebagai badan yang terkehadapan dalam isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam di Malaysia.

“Teras pendidikan pula memperkasa pendidikan sekali gus perkasa generasi. UMNO sentiasa berdedikasi dalam memastikan hak pendidikan orang Melayu dan bumiputera terus terjaga. Kita sedar akan kepentingan pendidikan dalam membangunkan bangsa yang berjaya.

Tambahnya, pendidikan mampu mengubah kehidupan, dan menjadi pemangkin keluar daripada kesempitan.

Teras ekonomi menerusi Dasar Ekonomi Bumiputera (DEB) yang digagaskan oleh Tun Razak dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1990) menjadi lonjakan kepada peningkatan sosioekonomi bumiputera.

“Walaupun ada pihak yang mempertikaikan keberkesanan dan pencapaian DEB, asasnya jelas memastikan sosioekonomi orang Melayu dan bumiputera dapat ditingkatkan, seiring dengan kaum lain di Malaysia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya