Protes tercetus bantah penahanan tentera Israel

Protes tercetus bantah penahanan tentera Israel

PENUNJUK perasaan sayap kanan mengibarkan bendera Israel semasa protes di luar kemudahan tahanan Sde Teiman, pada Isnin.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS : Satu bantahan tercetus di Pusat Tahanan Sde Teiman di selatan Israel, apabila puluhan penunjuk perasaan termasuk anggota kanan Knesset bertempur dengan pasukan keselamatan, semalam.

Keganasan itu tercetus susulan penahanan sembilan anggota simpanan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) berhubung kes disyaki penderaan terhadap tahanan Palestin sehingga menyebabkan mangsa dimasukkan ke hospital.

Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir, di laman X memberi amaran kepada pihak berkuasa supaya jangan berani mengganggu anggota-anggota tentera berkenaan.

Anggota Knesset dari Parti Likud, Hanoch Mildwidsky turut memberi kenyataan menggemparkan apabila ditanya seorang pemimpin lain adakah perbuatan liwat juga dibenarkan terhadap tahanan Palestin.

“Sudah tentu jika dia seorang anggota Hamas. Segala-galanya adalah sah,” katanya.

Jurucakap tentera Israel mengesahkan kepada AFP bahawa sembilan tentera terbabit ditahan untuk soal siasat berhubung kes itu.

Katanya, siasatan dijalankan susulan dakwaan berlaku penderaan terhadap seorang tahanan Palestin dari Gaza.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengeluarkan laporan yang mendakwa sekurang-kurangnya 53 tahanan Palestin meninggal dunia dalam tahanan Israel sejak perang bermula Oktober lalu akibat teknik soal siasat seperti waterboarding dan kejutan elektrik.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN