DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh hari ini memulihkan sebahagian perkhidmatan internet di negara itu, tatkala ribuan penunjuk perasaan berkumpul untuk menyertai demonstrasi antikerajaan di Dhaka. Sebelum ini, perkhidmatan internet di seluruh negara digantung. Internet jalur lebar kemudiannya dipulihkan, manakala internet mudah alih masih digantung. Ketua tentera Bangladesh, Waker-uz-Zaman juga dijangka berucap kepada negara dalam terdekat, lapor agensi berita Anadolu. Bangladesh menyaksikan bantahan baharu di seluruh negara semalam, dengan penunjuk perasaan mendesak Perdana Menteri, Sheikh Hasina untuk meletak jawatan. Menurut sumber, sekurang-kurangnya 93 orang maut di seluruh negara. Protes, yang kebanyakannya dipimpin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya