PRK Nenggiri: Rakyat beri isyarat mahu BN

PRK Nenggiri: Rakyat beri isyarat mahu BN

AHMAD JAZLAN YAAKUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) mendedahkan wujud gelombang rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang mahu parti itu kembali mewakili suara mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, maklumat tersebut hasil gerak kerja kempen yang dilakukan oleh BN yang meliputi peringkat akar umbi.

Menurutnya, calon iaitu Mohd. Azmawi Fikri atau Awie turut menambah kekuatan kepada rakyat untuk bersama BN.

“Apa yang kita lihat dibawah seolah olah terdapat satu gelombang untuk PRK kali ini dan sudah tentulah faktor calon memainkan peranan penting.

“Keyakinan rakyat pada calon dan juga keyakinan rakyat bahawasanya kerajaan persekutuan yang mampu menyelesaikan masalah rakyat di Nenggiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Peringkat Negeri Kelantan 2024 di Kampung Kala Star di sini hari ini.

Ahmad Jalzan memberitahu, pada masa sama rakyat yang dulunya tidak menyokong BN kini mula menyatakan sokongan untuk bersama parti itu.

Katanya, ia menunjukkan mereka mahu BN melakukan perubahan di Nenggiri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN