GUA MUSANG: Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan KHIDMAT sebagai tawaran kepada rakyat Nenggiri sekiranya calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohd. Rizwadi Ismail yang mewakili gabungan itu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini. KHIDMAT itu meliputi tawaran Khidmat masyarakat, Hak rakyat, Integriti dan amanah, Daya ekonomi dan infrastruktur, Masyarakat berilmu, bernilai murni dan sejahtera, Anak muda berpendidikan dan berkemahiran serta Transformasi digital luar bandar. Mohd. Rizwadi berkata, sebanyak tujuh teras yang telah digariskan iaitu melibatkan Orang Asli, peneroka, kampung tradisi, anak muda, wanita,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya