KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat meskipun tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hari ini. Menteri Besarnya, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri berlapang dada dan menghormati pilihan yang telah dibuat oleh pengundi. “Walaupun Perikatan Nasional (PN) tidak berjaya dalam PRK Nenggiri, Kerajaan Kelantan komited dengan agenda berkebajikan dengan menyantuni dan menjaga kebajikan warga Nenggiri melalui program serta skim yang dilaksanakan sebelum ini “Keprihatinan terhadap keperluan rakyat akan kekal menjadi keutamaan dalam setiap tindakan dan dasar yang diambil,” katanya dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya