PRK Nenggiri: Calon Bersatu tiba awal di pusat penamaan

PRK Nenggiri: Calon Bersatu tiba awal di pusat penamaan

MOHD. Rizwadi Ismail (tengah) memasuki pekarangan Dewan Perdana, Kompleks Perdana untuk menyerahkan borang pencalonan PRK Nenggiri di Majlis Daerah Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd. Rizwadi Ismail menjadi individu paling awal melepasi pagar pusat penamaan untuk menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas itu tiba pada pukul 8.45 pagi sambil ditemani pencadang Mohd. Sakri Hussin dan penyokong, Mohd. Sidek @Mohd. Saufi.

Terdahulu, Mohd. Rizwadi tiba di kawasan penyokong parti kira-kira pukul 7.20 pagi sebelum beliau solat hajat yang diimamkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Masjid Taman Mesra sebelum berarak sejauh 500 meter ke Dewan Perdana.

Turut mengiringi calon adalah Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu,  dan Pengarah Operasi PRK Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

 

AHMAD Zahid Hamidi (dua kanan) mengiringi calon BN Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani (kiri) ntuk menyerahkan borang pencalonan PRK Nenggiri di Dewan Perdana, Kompleks Perdana  Majlis Daerah Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH

Sementara itu, Calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani tiba di perkarangan dewan penamaan pada pukul 9.03 pagi.

Turut mengiringi calon adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Suasana di kawasan penamaan calon meriah dengan kehadiran ribuan penyokong daripada kedua-dua parti yang menunggu lebih 50 meter dari kawasan dewan. 

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) lalu, calon PN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd. Azizi Abu Naim menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab. Aziz Yusoff.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah pada 13 Jun lalu mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Ia selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada Bersatu mengenai pengguguran keahlian Mohd. Azizi Abu Naim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya