PRK Nenggiri: Calon Bersatu nafi berhenti sebagai anggota TLDM sebab lakukan kesalahan

PRK Nenggiri: Calon Bersatu nafi berhenti sebagai anggota TLDM sebab lakukan kesalahan

MOHD. RIZWADI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri Mohd. Rizwadi Ismail menafikan dia berhenti berkhidmat sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana melakukan kesalahan.

Mohd. Rizwadi berkata, dia merancang untuk bersara awal daripada pasukan berkenaan selepas berkhidmat selama 13 tahun.

“Saya masuk TLDM bermula 2003 selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sepanjang 13 tahun berkhidmat, saya ditugaskan di Sabah, Lumut, Perak dan terakhir di Pahang.

“Ketika di Pahang, saya ambil keputusan untuk berhenti awal.
Pada Januari 2015, saya secara rasmi tamat perkhidmatan dalam TLDM.

“Namun dalam TikTok, ada yang kata saya berhenti kerana ada kesalahan, tak mengapalah mereka yang menipu dapat dosa, saya pula dapat pahala,” katanya semasa bercermah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Serian, di sini malam tadi.

Mohd Rizwadi memberitahu, sejurus tamat perkhidmatan dalam TLDM dia mengambil keputusan pulang ke kampung di Bertam Lama, di sini.

Katanya, dia kemudian melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan dakwah sehinggalah dilamar menjadi Pembantu Dakwah Halaqat.

“Seterusnya saya diberikan tanggungjawab sebagai Pengelola Dakwah Halaqat di Gua Musang.

“Alhamdulillah, kini saya diberi peluang menjadi calon di PRK Nenggiri dan sepanjang tempoh berkempen, saya memanfaatkan masa sebaik mungkin bertemu pengundi,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya