Primula Beach Hotel agih 1,000 Jalur Gemilang

Primula Beach Hotel agih 1,000 Jalur Gemilang

SUAIBAH Harun (kanan) memasang Jalur Gemilang di salah sebuah kenderaan di Plaza Tol Gemuruh, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Kuala Nerus, semalam. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Primula Beach Hotel mengagihkan 1,000 Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Plaza Tol Gemuruh, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini semalam.

Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata, program mengagihkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan itu merupakan acara tahunan hotel tersebut.

Menurutnya, sebelum ini, program diadakan di beberapa lokasi seperti di pusat membeli-belah, taman rekreasi dan jalan raya.

“Program mengagihkan Jalur Gemilang itu diadakan untuk memperingati ulang tahun kemerdekaan negara, selain membangkit semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau memberitahu, pegawai dan kakitangan Lembaga Lebuhraya Malaysia Wilayah Timur turut terlibat dalam agihan Jalur Gemilang itu.

“Semuanya begitu teruja terutama kanak-kanak yang melaungkan perkataan keramat Merdeka ketika menerima Jalur Gemilang yang kami berikan.

“Harapan kami agar lebih ramai rakyat Malaysia akan mengibarkan Jalur Gemilang tanda kesyukuran terhadap nikmat keamanan dan kesejahteraan yang telah dikecapi selama ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya