MELAKA: Prebet Muhammad Fakrullah Nazri, 21, mendakwa terasa ‘berat’ untuk pulang ke rumah menyebabkan dia menghilangkan diri sejak 24 Jun lalu. Bapanya, Nazri Abd. Rahim, 48, berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu ditemui abangnya, Muhammad Aikal dalam keadaan tidak terurus di sebuah restoran di Semabok di sini, kira-kira pukul 7 malam semalam. Katanya, ketika ditemui Muhammad Fakrullah terkejut sebelum menangis. “Alhamdulillah ketika ditemui Muhammad Fakrullah dalam keadaan tidak terurus dan terkejut. Dia juga menangis sambil mendakwa cuba untuk pulang ke rumah namun terasa ‘berat’. “Kami sekeluarga tidak pasti apakah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya