Polis mohon bantuan kesan pelajar sekolah menengah hilang - Utusan Malaysia

Polis mohon bantuan kesan pelajar sekolah menengah hilang

QAYZIKRI Hazimi dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sikamat, Seremban tengah hari semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mencari dan menjejaki seorang pelajar sekolah menengah yang dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sikamat di sini pada tengah hari semalam. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, identiti mangsa hilang dikenali sebagai Qayzikri Hazimi berusia 14 tahun. 

Menurutnya, ekoran dari kes tular di media sosial yang melibatkan orang hilang, lebih kurang pukul 5.12 petang, polis telah menerima aduan daripada guru sekolah menyatakan bahawa seorang pelajar lelaki Melayu berusia 14 tahun telah melarikan diri dari sebuah sekolah. 

“Daripada maklumat diperoleh, lebih kurang pukul 10.30 pagi, guru telah dimaklumkan oleh pelajar bahawa seorang pelajar lelaki dari tingkatan dua telah tiada di dalam kelas. 

“Pihak sekolah telah cuba mencari di dalam kawasan sekolah dan juga asrama tetapi gagal dijumpai. 

“Punca pelajar tersebut melarikan diri masih dalam siasatan. Dalam kes ini, seorang saksi iaitu rakan sekelas telah nampak pelajar tersebut keluar daripada kelas dengan membawa beg sekolah dan terus ke bahagian belakang asrama. Usaha mengesan sedang giat dijalankan, “katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasi sebagai orang hilang.

Berikutan itu katanya, polis menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau ternampak pelajar tersebut agar menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Sarjan Shahrul Azhar Hamdan di talian 014-3434007.

Difahamkan, Qayzikri Hazimi yang merupakan anak sulung dari dua beradik itu dilaporkan ketika hilang memakai pakaian sukan sekolah.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN