WASHINGTON: Seorang lelaki di Arizona diburu pihak berkuasa selepas mengugut untuk membunuh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di media sosial. Pejabat Sherif Wilayah Cochise memaklumkan, pihaknya kini memburu Ronald Lee Syvrud, 66, yang memiliki rekod jenayah lampau dan beberapa waran tangkap terhadapnya. Trump yang juga calon dari Republikan kini berada di wilayah Cochise bagi kempen Pilihan Raya Presiden 2024. Ketika ditanya tentang ancaman bunuh itu, Trump berkata, beliau tidak tahu tentangnya. “Saya tidak mendengar apa-apa, tapi saya tidak terkejut,” katanya seperti laporan agensi berita AP. Ugutan itu adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya