PN ada 105 sokongan, 10 nama bertindih

PN ada 105 sokongan, 10 nama bertindih

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) didakwa hanya mempunyai 105 sokongan ahli parlimen sekali gus tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 10 lagi nama ahli parlimen yang menandatangani akuan bersumpah (SD) berhubung perkara itu bertindih antara Barisan Nasional (BN) dan PN.

“Jumlah sebenarnya hanya ada 105. Ia tidak cukup untuk (bentuk) kerajaan. Kedua, setiap calon ahli parlimen BN menandatangani tiga dokumen.

“Satu, menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Pengerusi BN untuk membentuk kerajaan atau mewujudkan kerajaan campuran atau sebarang tindakan ke arah pembentukan kerajaan.

“(Dokumen) kedua, menandatangani dokumen bahawa kerusi dimenangi kepunyaan parti, bukan individu. Dokumen ketiga, jika mereka keluar atau menyokong pihak lain, mereka mesti membayar penalti RM100 juta,” katanya dalam sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia di sini semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN