JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke perlawanan akhir Piala FA apabila menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan agregat 5-1. Dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini, JDT menang dengan jaringan 3-0. Dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darulaman, 19 Julai lalu, JDT menang dengan jaringan 2-0. Pada perlawanan malam ini, skuad Harimau Selatan bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua untuk mendapatkan jaringan sulung walaupun melakukan serangan bertali arus sejak awal permainan ke gawang KDA FC, termasuk menerusi percubaan jarak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya