Penjenayah mati ditembak polis terlibat jenayah berat - Utusan Malaysia

Penjenayah mati ditembak polis terlibat jenayah berat

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah yang mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung, dekat sini semalam dipercayai bergiat aktif dalam jenayah berat sejak lima tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek ini dipercayai aktif dalam kes samun, samun dengan senjata api, curi dan dadah.

“Siasatan polis mendapati suspek lelaki tempatan berusia 36 tahu aktif dalam jenayah ini di Kedah sejak lima tahun lepas.

“Kes dalam siasatan dan usaha mengesan rangkaian suspek giat dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis mengesahkan kejadian berbalas tembakan berlaku pada pada 9.33 malam tadi apabila suspek enggan berhenti dan telah melepaskan tembakan ke arah pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Beliau dilaporkan, pihak polis kemudian telah membalas beberapa tembakan dan suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Suspek adalah lelaki tempatan berusia 36 tahun dan mempunyai 16 rekod kes jenayah dan dadah,” ujarnya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian ini diminta tampil ke balai polis atau berhubung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN