MACHANG: Penjara di kawasan bandar-bandar besar kian sesak dan boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Timbalan Komisioner Jeneral (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia (JPM) Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata, Pengkalan Chepa (Kelantan), Marang (Terengganu), Sungai Buloh (Selangor), Kajang (Kuala Lumpur) dan Kluang (Johor) antara lokasi yang sedang berdepan dengan masalah tersebut. Menurutnya, sehubungan itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang bekerjasama dengan jabatan penjara untuk melihat…










