Peniaga kedai runcit rugi RM125,00

Peniaga kedai runcit rugi RM125,00

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di rumah kedai di Kampung Gertak 3, Cabang Empat Salam, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang peniaga kedai runcit kerugian hampir RM125,000 selepas barangan di dalam premis dan barang kemas miliknya hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di rumah kedai di Kampung Gertak 3, Cabang Empat Salam di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu, Suhaida Shafii, 36 tiada di premis yang turut menjadi tempat tinggalnya kerana pergi ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah.

Menurutnya, semasa kejadian, premisnya tidak berpenghuni kerana dua anak berusia 13 tahun dan 8 tahun mengikutnya ke masjid manakala seorang lagi berusia 5 tahun berada di rumah nenek.

“Suami juga tiada di rumah kerana ada urusan di luar kawasan. Saya menyedari kebakaran itu apabila ada jiran memaklumkan mengenai kejadian tersebut semasa berada di masjid yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah.

“Saya terus menunggang motosikal untuk pulang ke rumah. Saya sangat terkejut melihat separuh bahagian rumah sedang terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suhaida memberitahu, tiada apa yang sempat diselamatkan kerana api semakin marak dan dia mampu mengucap panjang melihat rumahnya dijilat api.

“Saya hanya mampu mengucapkan, Ya Allah, habis rumah aku terbakar. Saya sudah reda ketika itu manakala anak-anak pula hanya ingat beg, baju sekolah mereka, tetapi saya tidak mampu untuk masuk ke dalam rumah kerana api sangat marak,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 9.12 malam sebelum tujuh pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Api dapat dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 9.43 malam,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya