KOTA BHARU: Kerjaya sebagai pengayuh beca di negeri ini semakin pupus selepas tiada golongan yang berminat untuk menjadi pelapis untuk dijadikan sebagai sumber rezeki menyara keluarga. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, ketiadaan pendapatan tetap menjadi faktor utama yang membawa kepada kekurangan pelapis. Menurutnya, beliau sendiri telah bertemu dengan pengayuh beca dan golongan itu mengakui terlalu sukar buat mereka mendapatkan pelanggan saban hari demi mencari sesuap nasi. “Bayangkanlah kesusahan dilalui seorang penarik beca yang mana kita tahu untuk mendapatkan RM10 amat sukar apabila…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya