Pengasas Telegram disiasat pornografi kanak-kanak

Pengasas Telegram disiasat terlibat pornografi kanak-kanak

ORANG ramai meletakkan pesawat kertas di luar Kedutaan Perancis di Moscow sebagai tanda solidariti kepada penahanan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov, pada 25 Ogos lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pengasas aplikasi Telegram, Pavel Durov, ditahan bagi siasatan terhadap jenayah termasuk pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah dan transaksi penipuan di platform miliknya.

Pendakwa Raya Paris, Laure Beccuau memaklumkan, Durov, 39, ditahan ekoran satu laporan unit jenayah siber yang dibuat pada 8 Julai lalu.

Beliau dalam kenyataan berkata, siasatan itu merangkumi beberapa kes jenayah termasuk pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah, transaksi penipuan dan penggubahan wang haram.

Beccuau berkata, Telegram juga didakwa membenarkan penjenayah mengguna data pengguna serta gagal melindungi maklumat orang awam.

“Durov boleh ditahan sehingga hari ini,” katanya.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam kenyataan mengenai penahanan Durov berkata, tindakan terhadap pemilik aplikasi itu bukan bermotifkan politik seperti yang didakwa di media sosial.

“Penahanan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telegram itu dibuat kerana kesalahan jenayah. Ia bukan bermotifkan politik. Terpulang kepada hakim untuk menentukan nasibnya,” kata Macron di platform X, kelmarin.

Durov yang digelar Mark Zuckerberg dari Russia mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Perancis dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau mempunyai kekayaan dianggarkan sebanyak AS$15.5 bilion (RM67.3 bilion).

Penahanan Durov menimbulkan kritikan daripada pemilik X, Elon Musk yang menyifatkan kebebasan bersuara di Eropah sedang diserang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya