Penganggur rugi RM348,500 terpedaya pelaburan tidak wujud - Utusan Malaysia

Penganggur rugi RM348,500 terpedaya pelaburan tidak wujud

YAHAYA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang penganggur terpaksa berputih mata hilang wang simpanan berjumlah RM348,500 akibat terpedaya skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 47 tahun itu terjebak dengan pelaburan itu setelah memperolehi maklumat menerusi iklan di laman sosial.

“Pada 17 April lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang mengatakan membuat panggilan daripada Malacca Security Bank Investment yang menawarkan pelaburan di United Kingdom bernama Pantheon Ventures.

“Mangsa diminta memuat turun satu aplikasi yang diberikan oleh suspek sekali gus memberikan sedikit latihan melalui secara dalam talian tentang cara membuat pelaburan dalam sistem berkenaan.

“Kemudiannya, dalam tempoh 18 Jun hingga 10 Ogos lalu, mangsa sudah melakukan 10 transaksi keseluruhannya berjumlah RM348,500 ke dalam akaun bank diberikan oleh suspek,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, mangsa menyedari ditipu setelah suspek meminta wang sejumlah RM101,000 jika tidak berminat meneruskan pelaburan.

Jelasnya lagi, sumber kewangan pelaburan tersebut bukan sahaja menggunakan wang simpanan mangsa malah sebahagiannya adalah milik isterinya.

“Setelah menyedari ditipu, mangsa segera membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya