Pembantu tadbir didakwa kemuka dokumen palsu lebih RM22,000 - Utusan Malaysia

Pembantu tadbir didakwa kemuka dokumen palsu lebih RM22,000

FOZIANA Isa (depan) hadir di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan memperdayakan pihak kolej dengan mengemukakan dokumen palsu.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pembantu tadbir sebuah kolej vokasional di Rembau didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dua pertuduhan memperdayakan pihak kolej dengan mengemukakan dokumen palsu berhubung baucar bayaran pembekalan barang keperluan pejabat berjumlah RM22,058.60 pada 2022 dan 2023. Tertuduh, Foziana Isa, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. Mengikut pertuduhan, Foziana sebagai ejen kerajaan iaitu pembantu tadbir dengan niat memperdayakan prinsipalnya iaitu Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhammad Sharip satu dokumen baucar bayaran pembekalan barang keperluan pejabat berjumlah RM4,757.10 dan RM17,301.50…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya