KUALA LUMPUR: Seorang bekas pekerja kedai elektrik dihukum penjara sehari dan didenda RM5,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mencuri duit majikannya, sembilan tahun lalu. Tertuduh, Mohd. Arshad Abu Samah, 52, didakwa mencuri wang berjumlah RM3,375 milik majikannya, Lance John Sayoi, 38, di sebuah kedai elektrik di Cheras di sini antara Jun dan Julai 2015. Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. Majistret Illi Marisqa Khallizan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan pilihan. Majistret turut memerintahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya