SYDNEY: Australia meluluskan satu undang-undang yang menetapkan golongan pekerja di negara ini berhak mengabaikan panggilan telefon atau e-mel yang dihantar oleh majikan selepas waktu bekerja serta pada hujung minggu. Al Jazeera melaporkan, peraturan baharu yang diperkenalkan hari ini itu, adalah sebahagian undang-undang bagi membolehkan pekerja mempunyai kehidupan seimbang antara kerja dan keluarga terutamanya selepas penggunaan meluas komunikasi secara digital ekoran pandemik Covid-19. Parti Buruh yang mengetuai kerajaan berharap, pembaharuan yang diperkenalkan itu dapat mengurangkan tekanan kepada pekerja yang tidak perlu lagi memantau telefon selepas waktu bekerja sebaliknya boleh meluangkan masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya