Operasi cari mangsa jerlus guna radar tembus tanah malam ini - Utusan Malaysia

Operasi cari mangsa jerlus guna radar tembus tanah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warganegara India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini diteruskan malam ini.

Pencarian dibuat menggunakan peralatan radar tembus tanah (GPR). 

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memberitahu, pencarian itu dilakukan oleh Agensi Nuklear Malaysia.

“Pada masa sama, Indah Water Konsortium (IWK) akan membuat kerja-kerja pembersihan halangan dalam saluran paip kumbahan.

“Keadaan di lokasi pencarian adalah terkawal kerana orang awam memberikan kerjasama yang baik dengan tidak memasuki kawasan yang telah dipasang tali keselamatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya