SEREMBAN: Sebuah tempat perlindungan menempatkan anjing-anjing terbiar yang ditangkap akan dibina di sebuah kawasan di sini sebagai salah satu usaha menyelesaikan aduan orang ramai berkaitan anjing terbiar di kawasan-kawasan perumahan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, tempat perlindungan anjing terbiar itu juga akan dibina dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pada masa yang sama menurutnya, ia memastikan langkah penyelesaian masalah itu tidak melanggar Akta Kebajikan Haiwan Peliharaan 2015. “Tentunya tempat penyimpanan anjing-anjing yang ditangkap ini tidak mampu dilaksanakan dengan sendiri oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya