SEGAMAT: Sungai Segamat yang diibaratkan ‘lubuk emas’ bagi nelayan ikan air tawar, kini ‘sunyi’ berikutan paras air surut disebabkan musim kemarau. Bukan sahaja nelayan, malah kaki pancing tidak kelihatan di beberapa lubuk yang sering menjadi tumpuan mereka sebelum ini. Seorang nelayan, Mohammad Yahya, 50, berkata, kebanyakan nelayan kini ‘bercuti’ dan menghabiskan masa dengan mengambil upah membaiki bubu, lukah, tajur, rawai dan jaring. “Sudah lama saya dan beberapa nelayan tidak turun ke sungai berikutan air surut sehingga kelihatan beting pasir di beberapa kawasan di sini. Ini termasuk beberapa lubuk yang dahulunya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya