Nama saya Mahathir bin Mohamad - Tun M - Utusan Malaysia

Nama saya Mahathir bin Mohamad – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Dari sejak saya lahir hingga ke universiti dan sehingga saya menjadi doktor, tiada siapa yang menyebut nama saya sebagai Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Saya adalah seorang Melayu dan Islam sejak lahir.”

Bekas Presiden UMNO itu juga menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berbohong apabila menyatakan beliau ada kad pengenalan biru yang menunjukkan nama Mahathir A/L (anak lelaki) Iskandar Kutty.

“Saya sedar (kenyataan Ahmad Zahid) itu berbohong. Tiada tulis di mana-mana sehinggalah Ahmad Zahid buat kenyataan dia ada ic (kad pengenalan) biru dengan nama Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Inilah pembohongan yang dibuat oleh Zahid Hamidi. Zahid juga tidak pernah menafikan dia pernah cakap begitu,”katanya.

Itu keterangan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika memberi keterangan sebagai plaintif dalam kes saman fitnahnya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini.

Tambahnya, walaupun rakaman video yang menunjukkan Ahmad Zahid sedang memberi ucapan pada Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017 tidak menyebut namanya secara spesifik, Dr, Mahathir menyatakan perkataan-perkataan yang dinyatakan Ahli Parlimen Bagan Datuk yang jelas merujuk kepada dirinya.

Walaupun (Ahmad Zahid) tak beri (sebut) nama saya tetapi dia tuju kepada saya, `orang itu’. Macam-mcam lagi yang dia sebut pasal saya, (antaranya sebut) 22 tahun. Semua orang tahu saya 22 tahun jadi Perdana Menteri. Jadi orang yang ditujukan itu ialah saya, Mahathir bin Mohamad,”kata bekas Ahli PArlimen Langkawi sewaktu pemeriksaan utama oleh peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Merujuk kepada penyataan saksinya, Dr. Mahathir menjelaskan bapanya bernama Mohamad bin Iskandar dan ibu saya adalah Wan Tempawan binti Wan Hanapi.

“Bapa saya berasal dari Pulau Pinang dan seorang Melayu yang mana nenek moyang saya mempunyai darah yang berketurunan dari negeri selatan India, iaitu Kerala. Ibu saya pula berasal dari Kedah dan masing-masing berketurunan Melayu sejati,”katanya.

“Kenyataan-kenyataan fitnah defendan (Ahmad Zahid) tersebut adalah saya ini bukan dilahirkan sebagai seorang Melayu dan Islam dan kononnya nama asal saya adalah Mahathir anak lelaki (a/l) Iskandar Kutty” sedangkan ini adalah tidak benar sama sekali.

“Nama saya Mahathir bin Mohamad dan saya adalah seorang Melayu dan Islam sejak lahir dan ini adalah jelas berdasarkan kad pengenalan saya,”katanya.

Pada 20 Julai 2022, Dr. Mahathir selaku plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan Ahmad Zahid, 71, yang juga Presiden UMNO sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dr. Mahathir berkata, defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepadanya ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Dr. Mahathir berkata, beliau percaya dengan sesungguhnya bahawa individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah sebagai ‘orang itu’, ‘dia’ dan ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ jelas merujuk kepadanya secara spesifik.

Dr. Mahathir berkata, Ahmad Zahid yang berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan fitnah mendedahkannya kepada rasa tidak puas hati dan dibenci oleh masyarakat.

Susulan itu, beliau berkata, kedudukannya sebagai seorang negarawan dan tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia dipandang serong.

Selain itu, Dr. Mahathir berkata, kenyataan fitnah Ahmad Zahid secara tersirat memberi maksud kredibilitinya untuk memimpin negara dan parti yang mengutamakan orang Melayu secara keseluruhan dipersoalkan dan diragui.

Katanya, ia juga difahamkan beliau adalah pembohong, tidak boleh dipercayai, mementingkan diri, tidak beretika semasa memegang jawatan awam serta tidak layak untuk menjadi pemimpin atau tokoh masyarakat.

Perbicaraan bersambung petang ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN