JELEBU: Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan laporan akhir berhubung nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, pada 17 Ogos tahun lalu pada pukul 3 petang ini. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, laporan daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) itu akan dimuat naik di laman web kementerian. “Laporan itu akan dikeluarkan pada hari ini pukul 3 petang, akan dimuat naik di laman web Kementerian Pengangkutan, jadi tunggu laporan nanti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti atau (SBST) di Seremban bagi Pakej…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya