Mesin juruwang automatik kedua untuk rakyat Nenggiri

Mesin juruwang automatik kedua untuk rakyat Nenggiri

MOHD. Azmawi Fikri Abdul Ghani (kiri) semasa turun padang melihat kemudahan ATM di Kampung Bertam, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menarik nafas lega sebuah lagi kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) diwujudkan untuk mereka.

Kemudahan kedua itu disediakan berhampiran Balai Polis Bertam.

Sebelum ini kemudahan itu telah diwujudkan di SMS Maju Solutions, Jerek Baru di sini.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie berkata, kemudahan terbaharu itu bakal memberikan manfaatkan kepada penduduk di Kampung Bertam Lama, Bertam Baru, Limau Kasturi dan sekitarnya.

“Dengan ini penduduk tidak lagi perlu untuk berulang-alik ke bandar Gua Musang.

“Besar harapan saya agar kemudahan ini dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kepentingan bersama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Awie memberitahu, beliau berterima kasih kepada RHB Bank dan semua pihak yang membantu dalam merealisasikan kemudahan itu.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penduduk di Nenggiri menarik nafas lega apabila impian untuk menikmati kemudahan ATM kenyataan apabila keluhan mereka didengari oleh pihak berkenaan.

Terdahulu, lebih 30,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri melahirkan rasa lega dan gembira apabila mereka kini tidak perlu meredah perjalanan sejauh 50 kilometer (km) untuk mengeluarkan wang berikutan kawasan itu sudah dilengkapi dengan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM).-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN