SUNGAI SIPUT: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Rosli Mahadi, 48, terkejut apabila mayat anaknya ditemukan di kawasan berpaya di Kampung Kuala Mu dekat sini memandangkan lokasi tersebut sentiasa dijauhi oleh penduduk setempat. Jasad Nuraina Humaira, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu ditemukan pukul 4.20 petang Sabtu lalu selepas dilapor hilang ketika bermain di sekitar perkampungan terbabit, sehari sebelum itu. Rosli berkata, lokasi penemuan mangsa yang terletak kira-kira 100 meter dari kediaman mereka itu ibarat ‘kawasan larangan’ bagi penduduk kerana dipercayai banyak haiwan buas terutama ular.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya