SEREMBAN: Masyarakat khususnya di negeri ini tidak perlu waswas atau ragu untuk membeli dan menikmati kupang dari perairan Port Dickson selepas analisis makmal menunjukkan ia telah selamat dimakan. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, analisis makmal tersebut telah dijalankan banyak kali dan mengambil masa beberapa bulan sekali gus menunjukkan ketelitian pihak berwajib sebelum larangan pengeluaran hasil kupang ditarik balik baru-baru ini. “Apabila sudah ada kajian dilakukan, masyarakat tidak perlu rasa waswas sebab bacaan biotoksinnya telah rendah. Apabila bacaan rendah barulah dibenarkan kerana kajian yang dibuat itu juga mengambil masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya