MAIPs tawar kepakaran perkemas pengurusan halal di Namibia - Utusan Malaysia

MAIPs tawar kepakaran perkemas pengurusan halal di Namibia

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) meninjau daging yang diproses sewaktu berkenan mengadakan lawatan ke Pusat Abatoir Meatco di Windhoek, Namibia, baru-baru ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersedia menawarkan kepakaran dan pengalaman membantu memperkemaskan pengurusan halal di Namibia.

Agenda dalam mempertingkatkan pengurusan halal yang tersusun dan bersistematik itu akan menambah keyakinan pelanggan untuk membeli produk yang dikeluarkan.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, beberapa elemen berkaitan pengurusan halal telah dibincangkan antaranya seperti kriteria halal, penggunaan kaedah penyembelihan dan cadangan menerokai penyeragaman organisasi halal yang berautoriti.

“Adalah penting dalam memastikan sesuatu produk daging yang dikeluarkan mematuhi aspek syariah berkaitan halal dan juga memenuhi aspek kualiti berkaitan toyyiban,” titah baginda selepas berkenan mengadakan pertemuan bersama Naib Presiden Republik Namibia, Netumbo Nandi-Ndaithwah dan Menteri Hal Ehwal Presiden Namibia, Christine Hoebes bagi membincangkan kerjasama dua hala antara Perlis serta Namibia.

Pertemuan dan lawatan sempena Safar Ilmi MAIPs ke Pusat Abatoir Meatco di Windhoek, Namibia itu diketuai Tuanku Syed Faizuddin Putra dan diiringi anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al Haj Jamalullail.

Menyambut keberangkatan baginda adalah Pengurus Sementara Operasi, Marcella Somaes dan Penyelia Halal, Uthman Klausv Van Niel.

Untuk rekod, Meatco adalah syarikat berkaitan kerajaan Namibia yang telah ditubuhkan sejak 1994. Selain itu, syarikat ini juga mematuhi International Organization for Standardization (ISO) 9002, Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) 1033:2007 dan South African Bureau of Standards (SABS).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya